12 Mac 2014: Berita Terkini MH370 Pesawat MAS Hilang
Walaupun kawasan mencari dan menyelamat telah diperluaskan, namun
misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang semasa dalam
penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke
Beijing masih belum terjawabPerkara ini membuatkan pelbagai persoalan terus menyelubungi kedudukan sebenar pesawat malang itu. Manakala operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 sudah memasuki hari
kelima pada Rabu
Kehilangan pesawat Boeing 777 itu sebelum ini dikaitkan dengan serangan pengganas namun teori tersebut didapati tidak benar
Berikut adalah perkembangan berkaitan misteri kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS), MH370 dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal
Penduduk Dengar Bunyi Dentuman Dan Membuat Laporan Polis
Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang
Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang
“Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas”- Kata saksi

Fotofit Dan Identiti Dua Penumpang MH370 Guna Passport Palsu Didedahkan
Hasil siasatan mendapati penumpang MH370 yang dikesan menggunakan pasport curi dikenali itu sebagai Poria Nour Mohammad Mehrdad, 19, (kiri) dan Delavar Seyed Mohammad Redza, 30. Keduanya warganegara Iran
Bagaimanapun mereka diipercayai tidak terlibat dalam aktiviti pengganas

Pakar Penerbangan: Enam Sebab Kehilangan Misteri MH370
Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak Sabtu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.
Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu
Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat

Masih Menjadi Tanda Tanya
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata tidak ada kebenaran terhadap khabar angin bahawa lima penumpang tidak menaiki penerbangan MH370
Beliau menegaskan hasil siasatan yang dijalankan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM), kesemua penumpang menaiki pesawat
Lebih kurang dua jam selepas Khalid membuat kenyataan tersebut, MAS mengeluarkan kenyataan hanya empat penumpang yang mempunyai tiket sah tidak muncul untuk daftar masuk
Sebelum ini Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berkata terdapat lima penumpang tidak menaiki penerbangan selepas mendaftar masuk

TUDM nafi kesan MH370 di ruang udara Selat Melaka
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan media bahawa pihak tentera mengesan pesawat MH370 yang hilang itu di ruang udara Selat Melaka, jauh dari kawasan ia berhubung kali terakhir dengan pengawal trafik udara awam sebelum hilang empat hari lalu
“Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini – Reuters

Bukan Serangan Pengganas – Interpol
Agensi Polis Antarabangsa (Interpol) tidak percaya bahawa kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada Sabtu lalu mempunyai kaitan dengan serangan pengganas
Setiausaha Agungnya, Ronald Noble berkata di ibu pejabat Interpol di Lyon Perancis, pihaknya lebih cenderung ke arah kesimpulan bahawa kehilangan pesawat itu bukan disebabkan serangan pengganas berdasarkan maklumat yang diterima – Reuters
Objek berupa rakit penyelamat pesawat ditemuiAgensi Polis Antarabangsa (Interpol) tidak percaya bahawa kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada Sabtu lalu mempunyai kaitan dengan serangan pengganas
Setiausaha Agungnya, Ronald Noble berkata di ibu pejabat Interpol di Lyon Perancis, pihaknya lebih cenderung ke arah kesimpulan bahawa kehilangan pesawat itu bukan disebabkan serangan pengganas berdasarkan maklumat yang diterima – Reuters
Bukan Rakit Penyelamat MH370
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 5 Kuala Linggi mengesahkan penemuan boya berbentuk sebuah bot di perairan Port Dickson oleh sekumpulan nelayan bukan dari serpihan MH 370
Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim DM 5 Kuala Linggi kewujudan boya terbabit tanpa sebarang kesan petunjuk lain disifatkan tidak logik dan hanya isu ingin diperbesarkan serta disensasikan
Sehubungan itu, pihak APMM menasihatkan mana-mana individu atau pihak lain supaya berhati-hati atas sebarang penemuan mencurigakan di perairan kerana ianya turut membabitkan sensitiviti keluarga mangsa

No comments:
Post a Comment
silahkan tinggalkan komentar anda,biar saya dapat memperbaiki dan melayani anda dengan baik
makasih sudah berkunjung ke blogku kawan :)